Monday, November 5, 2012

Makin sayang, makin banyak dugaan -,-

Assalamualaikum..

Dah lama tak mencoret disini. Hari ni aku nak share sikit perasaan aku yang dah membuak buak dalam hati aku ni. Lahir dah sekarang perasaan yang dilabelkan sebagai 'Tawar Hati'. Aku dah terasa sangat dengan sikap dia yang macam endah tak endah melayan aku sedangkan aku beriya iya menjaga hati, melayan bagai nak rak dia. Bukanlah nak dibalas tapi kenapa susah sangat untuk dia memberikan respond yang terbaik macam harapan aku sekarang ? Dah rasa tak bersemangat nak hidup kalau tiap tiap hari aku macam ni. LEMAH.

Aku tak mintak lebih pun, cukup lah dia buat aku tersenyum dengan layanan dia berikan. Kalau tiap tiap masa nak marah sape tak terasakan ? Kalau dia dah tak boleh nak hidup dengan aku just move on. Aku pon dah penat. Yes, aku penat sangat dah dan lagi penat dari bermain bola. Kalau main bola pon penat tu sekejap je boleh hilang tapi yang ni tak, akan berterusan. Ini dinamakan permainan hati.

Aku stop sampai sini dulu. Sumpah dah takde mood nak buat pape. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.


*Ya Allah, sekiranya aku ini kuat menanggung segala dugaan-Mu, aku pohon dipermudahkan oleh-Mu dengan segala yang aku lalui sekarang. Amin :)*

No comments:

Post a Comment