Friday, August 31, 2012

Aku kembali menaip.

Aku start menaip balik kerana dah takde tempat untuk aku luahkan.
Yeah, selepas ini aku akan mencatat segala benda disini dan aku akan berkongsi kepada kamu semua.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Itulah laungan yang kita sentiasa dengar bila masuknya tarikh 31 Ogos bagi setiap tahun, tapi bagi aku sekarang dah kurang bermakna MERDEKA bagi negara kita. Aku sedih dengan semua ini. Kenapa hanya MERDEKA tetapi semua fikiran masyarakat masih belum Merdeka sepenuhnya ? Mana ertinya ? Rompak, bunuh, rogol dan sewaktu dengannya masih lagi bermain di muka bumi Malaysia ? Itukah yang dinamakan Malaysia Aman ? Aku tahu umur aku masih muda untuk melibatkan diri dalam semua ini tapi aku ada hak untuk bersuara.

Pada pandangan aku, hukum hudud patut dilakukan kerana, pertama itu hukum ALLAH S.W.T yang diwajibkan untuk agama Islam, insyaALLAH jika ia dijalankan di Malaysia berkuranglah gejala yang tidak sihat. Keduanya, hudud ini adil dan akan menjadi pengajaran buat orang sekeliling. Salahkah saya ? Kalau salah tolong perbetulkan.

Jadi, aku disini bukan untuk berpuak tetapi tujuan aku satu nak sangat tengok Malaysia bersatu di bawah pemimpin yang bertanggungjawab dan bukan hanya gila kuasa. Akhir sekali, aku nak sangat Malaysia AMAN seperti yang menjadi idaman semua masyarakat Malaysia ;)

Sekian.